Header2

• 07 May 2012 •

Aku Terkesima

Aku dapat bayangkan bahawa terbitan kali ini akan lebih panjang daripada biasa..

Dulu, waktu mula-mula blog ini dicipta, niat aku cuma untuk meluah rasa. Sebab secara jujurnya aku tak tahu nak luah di mana. Atau lebih tepat, aku tak tahu nak luah pada siapa. "Siapa" dalam ayat tadi aku definisikan sebagai mana-mana manusia bernyawa..

Sebenarnya aku suka bercerita, walaupun nampak macam aku tak pernah cerita apa-apa. Bukanlah niat aku untuk cipta suatu terbitan yang penuh tanda tanya. Tidak, cuma, entahlah. Anggap saja aku dah terbiasa untuk memendam rasa. Anggap saja aku memang suka berahsia. Anggap saja aku ingin bercerita tapi tak ingin orang betul-betul faham apa yang aku rasa..

Atas sebab itu, aku memilih blog ini sebagai medium pengantara di mana keberadaan aku adalah sahih meskipun kewujudan aku seakan lebih kepada tiada. Dan selepas terbitan demi terbitan, akhirnya rembesan perasaan aku kini semakin lega. Cuma, aku terfikir sama ada terbitan baru akan terus ada bila saja emosi aku tidak lagi di takuk lama..

Aku kira pada bila-bila masa tindakan aku akan menyingkap tirai maya yang aku cipta. Kelak akan tiba masanya, khayalak tahu siapa aku di sebalik cerita. Nanti andai tiba saatnya, bermakna aku telah sedia untuk keluar dari bayangan seorang pendusta. Dan bila saja tiba waktunya, misteri yang kononnya ada akan aku tukar mengikut suka..

Tapi, ada tapinya. Tapi itu tidak bermakna aku mampu ubah kebiasaan bercerita untuk memenuhi kefahaman sekalian kamu yang sudi membaca. Bermakna, jika dan hanya jika naskah aku gagal dicerna, itu masih dianggap suatu perkara biasa..:D


22 comments:

  1. Bila penulis misteri berkata2 aku mula terkesima.adakah nasib aku akan serupa dengan nasib ko? Terlindung di sebalik maya cuba bercerita tentang emosi dan perasaan,lebih senang menjadi misteri mungkin.Nyway nak juga aku kenal siapa penulis misteri ni.perhaps?

    pelik blog ko ni..orang lain kebawah ko ketepi..unik lah jg!

    ReplyDelete
  2. SaddLone: sebab aku kan senget :D

    ReplyDelete
  3. Woww!Aku tak sabar nak tunggu bila kau akn tunjukkan diri kau. Mungkin lepastu aku akn ikut serta. Hehe

    Cepat bgtau aku blog lama kau. Penulisan kau sedap. Aku suka dan aku mahu ikut :)

    ReplyDelete
  4. Ninaaa: erks..hahaha..aku sendiri tak tau bila..

    ReplyDelete
  5. tulis jela ikut cara ko husin..hahaha..kdang2 baca blog ko macam aku baca buku sastera pon ade..misteri sungguh ..haha..

    tp..kalau ko tak nak jadi misteri lagi calling je aku..jom kite lepak mapley minum..haha

    ReplyDelete
  6. ym_bundle: camne ko boleh tau nama aku ni? sape bgtau? haishhh

    Camy Alya: erks..speechless jap...hahaha

    ReplyDelete
  7. menyembunyikan identiti boleh mempengaruhi ketebukaan kita untuk menulis. itu yang selalu aku buat.

    lepas nie, syarikat komputer kena keluarkan mouse bersama scroll kekiri dan kekanan..hehe:)

    ReplyDelete
  8. ana: betul, aku setuju..mungkin dengan tidak dedahkan identiti sendiri bisa buat jari aku cerita laju2..:D

    oh ya, tajam sungguh ayat 'scroll kekiri dan kekanan' tu..kahkahkah

    ReplyDelete
  9. wee dulu pun sis tak dedahkan diri yg sebenar..sekarang je dah berani sikit kehkeh..
    menulis blog umpama berkata-kata seorang diri :)

    ReplyDelete
  10. sis92: yup2 betul..taip sorang2..cakap sorang2..faham sorang2..senyum sorang2..muram sorang2..and the best part is, bila kita publish tu kita rasa macam, huhhhhhh..lepaskan keluhan lega..

    ReplyDelete
  11. ala husin..org dah kenal pon boleh je nak buat cerita laju2 kan..hahaha..tak kenal maka tak cinta..auww..

    ReplyDelete
  12. adehh, tiap kali bca entry kat blog ni.. aku kna betul2 fokussss... ! thanx eh wat aku fokus.. hua3

    ReplyDelete
  13. Ym.Bundle: hahaha..tapi segan sikit kot nak cerita bila org dh tau aku ni siapa..:D

    Emma: teringat dialog Jalil Hamid dalam filem Baginda. "Fokus!! Fokus!!" kehkeh

    ReplyDelete
  14. encik H, haha.. kdg2 identiti tak perlu didedahkan untuk menjaga sesuatu. serupa hero2 dalam tv. haha..

    Apa pun, kekalkan saja cara bicara, kerna itu originaliti encik h

    ReplyDelete
  15. Apple: sebenarnya sangat susah nak ubah cara bicara..pernah cuba tapi tak berjaya..:D

    ReplyDelete
  16. ok..aku menunggu kau keluar dari kepompong kupu2 tuh..eh?hihihi

    ReplyDelete
  17. "husssiinnnnnn" <-- kak limah. =P

    ReplyDelete
  18. cepat tunjukkn diri anda!!! :p

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top