Header2

• 09 May 2012 •

Cikgu Yang Tentukan

Ini adalah suatu cerita lama yang kian luput dek putaran masa..

Kisah ini berlaku selepas aku tamat Tingkatan Tiga. Iaitu selepas aku dapat keputusan PMR yang tak seberapa. Masa tu, Bahasa Arab aku dapat E sahaja. Tiga tahun belajar, hasilnya boleh dianggap sia-sia. Dan akhirnya memindahkan aku dari sebuah sekolah berasrama kepada satu sekolah biasa..

Waktu tu, banyak perkara yang aku suka. Kalau dalam pelajaran, aku suka matematik. Jadi aku bercadang untuk mengambil aliran akaun. Sebab ada nombor-nombor la konon. Ketara sungguh tahap pemikiran aku ketika itu sebagai seorang budak berumur 15 tahun..

Kalau kat rumah, aku suka membaca dan menulis. Baca buku belajar kurang sedikit, tapi kalau novel memang ralit aku baca sehingga habis. Malah sering aku berangan nak jadi novelis. Aku juga suka melukis. Pernah guna perisian AutoCAD untuk melukis dengan jadikan watak Ishak dalam siri Blues Untuk Aku sebagai bahan katalis. Dan ya, dulu memang aku ada cita-cita untuk jadi kartunis..

Jadi meskipun aku ingin mengambil aliran akaun, rasanya tak keterlaluan kalau aku katakan yang aku suka seni dan sastera. Aku suka bermain dengan bunga-bunga bahasa. Aku suka hikayatkan teori kehidupan aku dalam bentuk frasa yang entah apa-apa. Sebab aku sendiri rasa seronok bila saja apa yang aku baca ialah apa yang aku suka..

Kesimpulannya, aku kini bergelar seorang pekerja dalam bidang kejuruteraan. Bukan bidang perakaunan. Bukan juga bidang kesusasteraan..=.="


23 comments:

  1. Suka matematik jugak. Suka bunga2 bahasa jugak. Dan akhirnya jadi pekerja dalam bidang kejuruteraan jugak.

    Tp rasanya maseh belum berakhir lagi. Now pursuing master. Mungkinkah lepas ni aku mengajar pulak? Lecturer? Ahhh, tak pernah tersenarai dalam cita2.

    Tp, biarlah hidup yg tentukan. Hehe.

    ReplyDelete
  2. jadi apa apa pun tak kisah, asal kita selalu ingat padanNYA

    ReplyDelete
  3. Liyaa Mf: engineering jugak ke? ntah2 classmate masa muda..:D

    ana: Alhamdulillah la, akhirnya still jadi manusia..:)

    ReplyDelete
  4. perbincangan yang belum selesai. kahkah

    ReplyDelete
  5. Camy Alya: bila nak sambung? kehkeh

    ReplyDelete
  6. aku suka matematik .
    tapi malangnya course aku yang sekarang tak ada matematik.

    aku suka sastera
    tapi malangnya otak aku tak reti nak tafsir ayat yang terlalu berseni

    akhirnya?
    aku masih lagi pelajar U yang ta ada kaitan dengan matematik dan sastera

    haha

    ReplyDelete
  7. cha'e: hahaha..bistu skg amik course apa?

    ReplyDelete
  8. encik H, kau belajar apa je sampai dapat E? BA, pmr aku dpt B tau, bangga aku sbb tak penah2 dpt B ..
    *ceh*

    tapi aku tak minat numbor sbb kadang2 aku boleh sesak nafas bila tengok nombor.agak ketara budak akauan ada nafsu kat sastera eh?

    ReplyDelete
  9. SaddLone: err..aku tak tau apa yang aku belajar..yang aku tau, jumjumatun ialah tengkorak..

    masa PMR aku salin balik soalan sebagai jawapan..aku yakin yang aku tak akan lulus..TT__TT

    ReplyDelete
  10. hehehe.. dlu penah plan nak tkar kos agama kpd kos laen, sebab rsa mcm x larat nak bwk arab.. tp alhamdulillah.. smpai skg sy masih berjinak2 dgn bhs arab kat unisza.. :)yg pntg, Minat itu kna dipupuk walaupun mula2 dlu rsa mcm x yakin ja tuk bwk arab..

    ReplyDelete
  11. Emma: hehe..tahniah2..:D

    ReplyDelete
  12. tak salah sbnrnya jika nk melukis bro secara sambilan. hoho.. sy sndr amik biotech namun minat bidang seni lukisan komeik. tp sy sndr membuat perniagaan sendiri dan juga melakukan sales juga untuk perniagaan lain. Saya juga menternak ikan dan ayam malahan melibatkan diri dengan hal2 pertanian serta ada menoreh getah atau memetik koko. Lol. Satu hari, jika bro ada karya, postkan saja. Semoga berjaya encik h.

    ReplyDelete
  13. Apple: tangan dah keras..kali terakhir melukis rasanya lebih 10 tahun yang lepas..

    p/s: AutoCAD tak termasuk tau..>.<

    ReplyDelete
  14. sesungguhnya aku jgak budak akaun yg sukakan nombor tapi xsuka sastera2 nih

    tapi macam mna ntah bleh terjebak jgak dlam pembelajaran sastera selepas tuh..

    ReplyDelete
  15. 3 bidang berbeza. tak suka matematik tambahan =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka matematik tambahan..sangat suka..:D

      Delete
  16. Terpanggil untuk komen di entry yang ini. Sepanjang aku selusuri penceritaan kau, aku suke dengan gaya bahasa kau. Dengan orang2 yang aku kira lebih kurang gemok dari lidi, terdetik, kalau kau jadi kartunis or penulis, aku penlihat dan pembaca setia kau. Ishak tu sangat meninggalkan kesan. Blues untuk aku, aku dia dan volksegen..

    Dan. Entry ini, buat aku rasa, aku pun macam kau jugak. Berangan jadi novelis. Tapi novel pertama aku waktu aku 14tahun, 'pangkin senja'..sampai sekarang usaikan sudah; terhenti hangat2 tahik ayam. Jadi, itu bukan novel.

    Maaf. Terkomen jerah rasa aku kat sini akhirnya.

    -kak6-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku suka baca blues untuk aku, aku dia dan volksegen, student life and macam2 lagi..tapi penceritaan paling baik setakat ni, aku pilih Kartini..:D

      Delete
  17. Alamak..sekarang gak rasa nak balik umah mak amek sume majalah2 aku simpan mase sekolah dulu. Aku kira, kau seni lah. Tak kira watak kerja kau apa, tapi kat sini, at least kau dapat terjermahkan apa yang kau angankan dulu.
    P/s:kau tak payah nak malas-malas sangat la... (ahaha..tak sangka ko balas komen aku kat sini)

    -kak6 joy-

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pulak tak sangka ko akan check balik komen kat sini..biasanya org jarang nak check balik apa yg aku reply..hahaha

      aku malas la nak rajin2..tapi kalau nak malas aku rajin la..macam keling ke? hahaha

      Delete
  18. sama la kita..cikgu yg tetukan.. sya dulu lpas PMR cikgu soh masuk kelas sains padahal sya minat akaun. so blaja la sains selma 2 thun. smbung diploma sya ambil akaun. Alhamdulillah dpat blaja akaun seperti yg diimpikan tapi bila dah keje sya keje dalam bahagian admin.. Ape kes cm tu?? huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..macam takde kaitan jer kan..drpd sains pegi akaun, last2 kerja admin..

      errr..ada kerja kosong x? :p

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top