Header2

• 26 May 2012 •

Kotak Segitiga Berbucu Lima

Sembunyikan aku dalam satu rasa yang bisa hilang saat aku pejamkan mata. Kurung aku dalam penjara dunia yang takkan terbuka tanpa izin aku sebagai tuan empunya. Bunuh aku dengan sekejam-kejam cara yang kamu suka. Biar aku ketandusan ilham dalam mengadaptasi perihal hidup bagaikan si bisu yang bercakap tanpa alat pembesar suara..

Kadang-kadang hidup yang berpaksikan rasa boleh buat manusia seperti aku umpama hilang punca. Terdiam. Terkaku. Terpana. Terpesona. Terkhayal. Terasa. Terpaku, dan tercedera. Cedera yang aku gambarkan seperti luka yang ada kat dalam kuku. Sakit tapi aku memilih untuk biarkan ia terus jadi begitu..

Kadang-kadang pula, hidup merentak rasa buat aku persis seorang wira. Bagaikan hikayat manusia tanpa nama yang ralit bercerita tentang cara untuk membulatkan dunia. Atau mungkin juga bagaikan riwayat manusia ada nama yang gigih mengusung berita agar menjadi lagenda satu semesta..

Tapi apakan daya, aku ini cuma si kecil yang sering menyorok di balik penanda masa. Kecil dan kerdil umpama anak hama. Terlalu kecil agaknya. Tapi harus diingat, sekecil-kecil aku mungkin jadi sebesar-besar raksasa. Itu pun jika mata sang semut memandang aku dengan penuh rasa kagum dan bangga..

Kamu pula bagaimana? Kamu mungkin jadi sekecil-kecil makhluk bernyawa. Tapi jika dilihat dari aku punya mata, kamu bisa saja jadi lebih besar daripada dunia. Hinggakan buat aku rasa takut, rasa curiga. Rasa tak berani untuk bertentang mata dengan kamu si pemilik nama. Namun dalam masa yang sama, aku terus melihat meskipun pada skrin 15.8” ini sefigura imej kamu tidak pernah tertera..

Rasa ini buat aku tertanya-tanya. Apakah ini karma aku dalam menghadam hakiki dunia. Apakah ini fasa timbang tara yang menghukum aku dari bangkit menanti lena. Apakah aku, yang memang seorang pendosa, perlu terus pejamkan mata. Atau apakah aku harus biarkan diri dihakimi oleh susuk firasat seorang pentarbiah lagak sempurna..

Tiada kesudahan bagi cerita ini. Umpama biarkan litar elektrik merentas arus pembangunan modenisasi. Biar saja ia terus mengalir. Biar bayangan aku bergulir dalam helaian-helaian maya yang menerjah masuk entah daripada mana. Ikut suka di mana si tetikus menghentikan sorotan mata. Ikut suka di mana naluri ini membuka halaman kitab entah siapa-siapa..

Aku terus saja tekunkan diri untuk membaca. Meskipun kadang-kadang jasad aku terlalu bosan hingga ingin terkeluar rangka. Seperti juga aku terus duduk di bucu kamar memandang kamu dengan senyuman paling mesra. Kadang-kadang bosan, tapi peduli apa, aku tetap suka..

Terlerai sudah cerita-cerita aku yang sarat menyesakkan kepala. Terlerai sudah.

Terlerai. Sudah. Agaknya.


45 comments:

  1. Kau kata kau tak tulis Sastera? Then yg ini apa? Serius kau mmg Sastera. Aku pun tak mampu faham apa yg kau tulis weyh. Haha. Tp pd dasarnya, mmg aku tak hebat pun. Aku dah cuba mentafsir cerita kau ulang2 kali. Tp maseh tak berjaya. So, aku end up je dgn komen ni yg mengatakan yg aku tak mampu faham. Soryyyyy :(

    ReplyDelete
  2. Ohh! Cuma yg aku faham. Kau kusut, then kau luahkan semuanya dlm entry ni. Then akhirnya terlerai sudah cerita2 kau yg sarat menyesakkan kepala. Itu je mampu aku faham. Haha! Betul ke? Adehhh :P

    ReplyDelete
  3. Liyaa Mf: erkkk...hahaha xpe2..no need to say sorry..bukan salah kau pun..mungkin aku dah terbiasa untuk ekspresikan apa yang aku rasa dengan cara macam ni..:)

    pasal komen yang kedua tu aku x sure nak jawab macam mana..kusut tu betul..luahkan semuanya tu macam tak betul..terlerai sudah tu separuh betul..so jawapannya, betul kot..hehehe..

    ReplyDelete
  4. sungguh. sungguh kau kentang. kau memang budak sastera ke wehh? puas aku mencerna otak nak kasi paham. macam liyana. aku paham yang kau kusut. takpe. kalau takde sape paham ape kau rase. Dia selalu ade. pape pon. aku impress dgn care kau ekspresikan ape y kau rase. :)

    ReplyDelete
  5. Tempoyak: tak lah..aku budak baik..kahkahkah..

    ReplyDelete
  6. woahh.tgk dp kau tau dah kau budak baik. hadap buku semedang. anak murid a.samad said ke ape weh? :D

    ReplyDelete
  7. Tempoyak: errr..tak jugak..aku anak murid cikgu2 aku..>.<

    ReplyDelete
  8. err errr. agak2 kalau aku backhand kau. kau marah tak?

    ReplyDelete
  9. Tempoyak: tak..aku nangis jer...zzzzz

    ReplyDelete
  10. ok..yang ni aku tak paham..serius..hahaha..berat plak aku rasa entri ko ni dengan bahasa sasteranya..adeh..hahaha..

    ReplyDelete
  11. Ym.Bundle: errr...aku jadi speechless nak balas komen ko..haha

    ReplyDelete
  12. Okeyy2 Encik H. Terlerai sudah 'kot'. Hahaha! Bleh plak aku tertinggal perkataan 'kot' ya? :P

    Luahkan semuanya tu tak betul? Mungkin luahkan sebahagian darinya? Err cuba lagi tuu. Hahaha!

    Tak bape kesah yg lelaen tu. Yg penting kekusutan kau tu yg aku tak dpt teka. Tp takpe. Nanti aku selam lagi jiwa kau dalam entry2 seterusnya ya? Kehkeh!

    ReplyDelete
  13. Liyaa Mf: errr..kali ni apa yang kau teka tu betul..terlerai sudah kot tu betul..sebab nampak jer macam terlerai tapi sebenarnya tidak..

    luahkan sebahagiannya tu betul..sebab kalau aku dah luahkan semuanya, esok aku nak luahkan apa ye dak?:D

    errr..ayat last tu aku teringat kat Dr. Hj. Fadzilah Kamsah..

    ReplyDelete
  14. Aku pulak ingat lawak Jozan masa Maharaja Lawak minggu ke 9. Yg masa Johan tiru Dr. Hj. Fadzilah Kamsah. Err yg masa lawak awan nano nano tuu. Err kau tgk tak? Hehe.

    ReplyDelete
  15. first time kat sini.. dan aku sesat!! taktau mane satu nak klik.. last2 jumpe satu entri.. tapi.. err.. aku fail bab2 sastera ni..

    ReplyDelete
  16. Liyaa Mf: tengok2..aku tengok kat youtube.. *aku terfikir rasional Maharaja Lawak dalam kita punya cerita*

    kay_are: erks..pinjam gps kat Camy..kehkeh

    ReplyDelete
  17. hee . ni rupanya Encik H . i've looking for you since pagi tadi . now dah jumpe . okee . seriously mmg la aku tak paham dgn ini entry . tapi aku sedikit tabik . yelahh , bukan calang-2 org bolee tulis sastera ini macam .


    kalau la aku yg tulis sastera mcm ni , agak-2 arwah tak cg aku bm aku ? haha . ko mesti betol tgh kusut skang nie kan . tu je kot yg aku mampu faham . wakaka .

    and salam nak kenal or perkenalan we call it kan ? ouh(!) skema nya aku .

    ReplyDelete
  18. BOYAA MARADONA: errrr...aku speechless nak reply komen kau ni..but thanks anyway..salam perkenalan, cewah..

    ReplyDelete
  19. explain please. hihihi.. tinggi sgt bahasa ni. tak faham la incek. :)

    ReplyDelete
  20. Chic Na: Errr..aci tak kalau jawab entry ni self explanatory? :P

    ReplyDelete
  21. cara penceritaan kau sangat bagus. bagaikan membuat satu kisah pendek (kispen).

    nampak gayanya kau kena ubah bagaimana kau aplikasikan hidup kau selama nih yang berpaksikan rasa. tapi aku fikir, memang selama inipun kita lebih banyak pergunakan rasa kita.

    ReplyDelete
  22. ghost writer: Selalunya macam tu lah. Aku dalam kelompok manusia tipikal yang selalu buat sesuatu mengikut apa yang aku rasa. Even aku tau apa yang aku buat tu bukan yang terbaik untuk life aku, tapi Alhamdulillah kot. Sebab setakat ni aku tak pernah rasa menyesal dengan apa yang aku dah buat, selagi tak bercanggah dengan hukum..

    ReplyDelete
  23. serius kepala wa tgh kusut, baca entri incik h wa makin kusut pasal tak dapat tangkap..cuma dpt teka incik h sdg kusut seperti wa jugak..
    errrk incik h dan mr h ialah org yg berbeza , :')

    ReplyDelete
  24. sis92: wops..sorry2..kehkehkeh

    ReplyDelete
  25. sepupu? erm mana lagi macho ..sila ckp wa lg macho , klu tak merajuk 5 saat ..entah2 kita memang sepupu kot hihi

    ReplyDelete
  26. errk maaf mahani bkn saya :D

    ReplyDelete
  27. sis92: okey2..wa lagi macho..#_#

    ReplyDelete
  28. errr...aku rasa macam aku je yang kusut nak selesaikan agenda post ni..adehh, bisa tajam!

    pening aku o sasterawan ni..kahkah

    ReplyDelete
  29. SaddLone: erkk..aku ke yg bersalah dalam hal ni? hahaha

    ReplyDelete
  30. Apa ni apa ni apa ni? Apa maksud semuaa ni? Kalau diorang tak faham apa lg aku?

    ReplyDelete
  31. Ninaaa: Jangan kata kau, aku pun tak faham..kot..hahaha

    ReplyDelete
  32. wahhh penulis misteri...
    xtau pun blog ni kena scroll ke kanan...selalunya scroll ke bwh... tadi puas lah klik sana sini, tak jumpa...huhuhuuu
    nmpk sgt aku ni masih belajar dlm dunia blog.. :)

    ReplyDelete
  33. encik H ? x mao komen entry,
    tp design kt cini mmg osem! XD

    ReplyDelete
  34. My Little Diary & Chuu Muqhlis: err...hai..dah makan ke? makan lauk apa tadi?

    ReplyDelete
  35. im back!!., da mkn da. nasi campur =D
    tadi tak bace pon entry ni sbb just tgk overall. teruja kena scroll ke kanan bhahaha..ta paham. tapi encik h pandai karang ayat. cun sgt :(

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. Chuu Muqhlis: baru cadang nak belanja..kehkehkeh

    syafiqakarim: erks..tapi tak ada mimi..huhu

    ReplyDelete
  38. apakah apakah apakah...?-_-

    "Kadang-kadang hidup yang berpaksikan rasa boleh buat manusia seperti aku umpama hilang punca."

    ikut rasa binasa ikut hati mati

    ada setengh part tuh aku faham apa yg kau nak katakan dan ada setengah part aku jadi blurr..

    nak explain menda yg aku faham tuh rasa cam malu plak..err....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..explain la..meh aku baca...:D

      Delete
  39. kau kenapa ni weh ? terlalu byk yg disimpan di dalam eh ? sbb tu akhirnya bila diluah, sukar nak ditafsir.

    chill je. rasa itu perlu ada, tpi terkadang, kita sebagai manusia tak boleh biarkan rasa itu membelenggu :)

    psst : aku tak pasti apa tafsiran pada entry ni, tpi aku komen berdasarkan tafsiran aku. sbb sastera ni mmg memeningkan kepala, sbb kekadang aku pikir lain, kau pikir lain. hahahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku x tau la..tapi aku rasa entry yang ni memang cukup bermakna..:D

      Delete
    2. memang sangat bermakna weh sbb berkerut2 juga dahi nak membacanya. nak faham, apatah lagi :D

      Delete
  40. p/s guwa = jgn stress sgt, sampai diri itu boleh jadi sehalus zarah..wake up~!

    ReplyDelete
    Replies
    1. guwa mana ada stress..guwa hokey..saja berbicara guna bahasa halus walaupun guwa ni bukannya makhluk halus..:p

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top