Header2

• 05 May 2012 •

Hasil Mencedok Karya

Terbitan ini tidak lebih dari sekadar interpretasi jiwa. Di mana aku agak terasa bila saja kamu sering salin semula naskah-naskah aku yang lama. Sebahagian dari aku rasa terharu kerana kamu memilih naskah aku untuk jadi tajuk cerita. Tapi sebahagian pula rasa tak adil bila melihat galaknya kamu sebagai pelaku plagiat minda..

Harus kamu sedar bahawa aku cuma manusia biasa dan apa yang aku rasa juga ialah biasa. Kadang-kadang memang aku tak berkira. Tapi kadang-kadang yang lain pula, aku rasa macam "errkkkk" bila buah fikiran aku seakan-akan kamu yang punya. Walhal apa yang sebenar-benar berlaku adalah sebaliknya..

Bukan niat aku terrrrrlalu inginkan akreditasi bila saja kamu kerap salin semula. Aku cuma rasa tak selesa. Tak selesa bila olahan minda aku ditukarmilik depan-depan mata. Meski aku sedar bahawa tiada tertulis tentang Hak Cipta Terpelihara, tapi maaf kerana tetap juga aku tak mampu elakkan diri dari rasa terasa..

Aku harap suatu masa nanti kefahaman kamu akan ada..:)


14 comments:

  1. biarlah blog aku sampah asalkan bukan entri plagiat..hahaha..dalam mind aku dah set..aku tak rasa ada sapa2 akan plagiat entry aku sbb penulisan aku tak hebat..kalau ade yg nak jugak..serius aku sangat terharu..ekeke

    ReplyDelete
  2. Ym.Bundle: Ko punya blog kan bro, even nama Blog Sampah pun, tapi sedap dibaca tau..hahaha

    btw, naskah lama yg aku maksudkan tu bukan kat dalam blog..status2 pesbuk jer sebenarnya..:D

    ReplyDelete
  3. kalau takat kt fb kira dah biasa kalau org main copy2..mybe button share dorang rosak kot..wakaka lainlah kalau salin sbijik2 pnulisan blog orang..nak buat xterasa tu memang payah! adehh =,='

    ReplyDelete
  4. Inz Indah: kahkahkah..memang dia copy sebijik2 tau..even saya taip meng-ga-la-mi pun dia copy jugak..kalau 2-3 takpe..tapi boleh kata lebih 20 dah kot..sabo jer la..hahaha

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Itu kelemahan dunia atas talian..mudah dipelagiat (hentam eja,ahahaha).

    Bt masa ni, lana tak pernh lgi berdepan situasi camni..sebab lana pun ada rasa sama cam en bundle, hehe. Rasa macam banyak mengarut bila tulis entry,hak3. tu belum kalau dilanda badai emosi, lagila, terketor2 time menulis, habis berterabor segala isi,muahaha.

    ReplyDelete
  6. Tinta Lana: wslm..hahaha masa emosi la yg best tulis entry..org kata kalau taip drpd hati akan terus sampai ke hati..:D

    ReplyDelete
  7. Rasanya tu doppleganger kot, imej cermin yg hidup di zaman maya, imej encik H. Hoho..

    Apa yg pasti, originaliti itu harus ada. Tak kisahlah org nk copy ke plagiat, yg penting org tau, kita yg mula2 wat benda tu. Lol.

    ReplyDelete
  8. Apple: sebenarnya tak faham apa yg dimaksudkan dgn doppelganger..tapi dah google..dan dah jumpa..hehehe..satu istilah baru yg mungkin boleh digunapakai dalam cerita..:D

    ReplyDelete
  9. Err....aku rsanya xpernh lagi org plagiat apa yg aku tulis sebab aku bukanlah penghasil karya yg jiwa mcam kau.klau kat fb jgn katala..berjebah ja manusia mcam tuh. Tapi klau aku da tertarik apa2 status lat fb mesti minx.izin dlu nk copy dan izinkan dgn dnang hati...tag itu perlu ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ni pasal status2 kat fb jer sebenarnya..selalu sgt org ciplak..:D

      Delete
  10. jenis manusia tak pernah kenal
    frasa "MINTA IZIN" lettew =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe2..nanti kita rotan dia..grrrrrr

      Delete
  11. blog sya lagi la tkde org nk buat mcm tu..apa pun takde kat blog tu.. cume karut marut sya je yg melimpah ruah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh bukan blog la..tapi status2 sy kat facebook..hehehe

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top