Header2

• 25 May 2012 •

Saya Lebih Kecil Daripada Tiga Kami

Cerita kali ini lebih kepada luahan rasa yang tersembunyi. Tentang kesukaan seorang aku terhadap seorang gadis. Jua tentang ketakutan kalau-kalau rasa yang ada terlalu mudah untuk ditepis..

Ada banyak benda yang aku tak faham. Aku tak faham adakah aku ada atau aku cuma sekadar ada. Aku tak faham adakah aku di dalam jiwa atau aku macam di dalam jiwa. Furthermore, aku tak faham adakah apa yang aku rasa menyamai perasaan yang dia punya. Sungguh aku tak faham. Dan aku belum sedia untuk bertanya..

Malah kebelakangan ni aku sering rasa ingin mendekati dia. Aku sering teringatkan dia hampir sebahagian dari separuh hari yang ada. Malam dah kira lain cerita. So aku menilai sendiri rasa, dan mula bertanya di dalam jiwa. Adakah aku mula sukakan dia? Atau ini sekadar khayalan minda, datang dan pergi memutar masa..

Yang lebih menarik ialah tentang sikap dan perwatakan dia. Sering saja keletah si dia buat aku tertanya-tanya. Curiousity is killing, orang putih kata. Perasaan tu buat aku terfikir apa agaknya yang dia rasa. Buat aku berimaginasi jika kalau aku berada di tempat dia..

Apa yang termampu aku buat kala ini ialah menahan segala rasa. Nak kata segala pun tidak, mungkin sebahagian saja. Itu pun bergantung pada daya dan kesabaran yang aku ada. Atau mungkin tipikal seorang aku, lebih rela duduk jauh dan memerhati kelibat seorang dia. Jadi, adakah ini suka?

Lebih daripada suka, hampir kepada sayang - teringat tiba-tiba dialog dalam sebuah cerita. Menunggu kamu umpama si buta yang melihat syurga. Maka apakah perlu aku terus jadi si buta? Apakah suatu masa nanti cerita aku dan kamu bisa jadi cerita kita? Mungkin cuma masa bisa menjawabnya..

Ya, rasa macam pentaipan aku dah makin berjela. Mungkin cukup setakat ini saja. Kepada kamu nun jauh di sana, harap kamu selalu gembira. Harap kita masing-masing dapat kawal keinginan kita. *waktu ini aku senyum sampai ke telinga*

Akhir kata, aku harap terbitan kali ini tak mudah diungkai makna..:)


17 comments:

  1. aduhai..
    mengayatnya pakcik sekor ni..
    ANGAU tahap gaban

    ReplyDelete
  2. Camy Alya: hoh..xbaik gelakkan org oi...

    ASH: erkkkk...hai Aunty Teacher...:D

    ReplyDelete
  3. Erkkkk! Gila r sukakan seorang gadis. Hehe. Apa lagi? Siasatlah apa yg ada dalam jiwa dea. Mungkin apa yg kau rasa, dea juga rasakan yg sama? Aku cuma boleh ucap selamat berjaya. Untuk kau realisasikan impian menjadikan cerita kau dan dea, menjadi cerita kalian. Aku harap kau cepat2 bertemu bahagia ya? Hehe :P

    ReplyDelete
  4. ok, yg ni faham sket. huhu..
    just go for it la bro. jgn tunggu lama2. :)

    ReplyDelete
  5. Chic Na: ngee..tiba2 rasa segan pulak....#_#

    ReplyDelete
  6. siapa lha gerangan gadis bertuah tu agak nya ! ;)

    ReplyDelete
  7. aNis: hahaha..adalah..:D

    ReplyDelete
  8. yah..H dah jatuh suka pada seorg gadis..org yg berbeza dari entry sebelumnyakah ini..

    ReplyDelete
  9. aku suka dialog tu. que haidar yg ungkapkan.,kalau x silap aku. tajuk cerita dah lupa. tapi ceritanya aku msih ingt, ada pierre andre+fazura kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih daripada suka, hampir kepada sayang..

      Yup..Que Haidar yg ucapkan..dialog filem Selamat Pagi Cinta..;)

      Delete
    2. aku baru google tadi.haha..

      Delete
  10. yang ni mudah nak cerna.. huk3..

    didoakan semoga berbahagia :D

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top