Gila. Aku jadi bosan dan tak tahu nak taip apa. Rasa ingin bercerita untuk meluah keluhan jiwa. Tapi sehingga kini aku masih gagal dalam mencerna frasa pemula..
Aku kira sentuhan bukan muhrim antara jari jemari dengan papan kekunci kini dah tak mampu mencerna bahasa hati. Ibarat seorang aku, gagal mendeklamasi perasaan sendiri dalam suatu medium yang rapat terkunci. Zahirnya kamu mampu lihat perihal manusia ini berlagu girang, terukir senyum setiap hari. Walhal pada hakikat, rasa seakan mati, nyawa seakan pergi dan jiwa seakan sepi. Hanya seakan, harap frasa tadi dapat kamu lebih dalami..
Aku rasa aku semakin jauh dari dia. Dan dalam masa yang sama semakin dekat dengan dia. Untuk lebih memutarkan fahaman minda, aku rasa aku semakin jauh mendekati dia. Dan dalam masa yang sama semakin dekat menjauhi dia. Dalam kes ini, ada dua dia yang jadi sumber cerita. Mungkin dia membaca. Mungkin juga dia tak buka. Mungkin dia faham seadanya. Atau mungkin juga yang sebaliknya..
Dwipilihan kadangkala buat aku rasa kurang selesa. Kerana pada kemungkinan ketiga, aku sebenarnya semakin jauh daripada kedua-duanya..:(
Pilihla pilihan yang betul2 terpilih agar pilihan yang dipilih itu tidak menyebabkan pilihan terpilih itu membuahkan penyesalan di kemudian hari.. *mcm xda kaitan j kan.. haha* ad mslh hati n perasaan ke encik H?.. :P
ReplyDeletesemakin jauh mendekati dia
ReplyDeleteatau
semakin dekat mendekati dia
adalah dua fahaman yang sama.
goodluckk, semoga impian anda menjadi nyata :)
disebabkan pilihan..yg memilih harus memilih dgn pilihan yg tepat..susah kan jd yg memilih..
ReplyDeleteEmma: errr...poning den baco apo ekau tulis nih..hehehe
ReplyDeleteCamy Alya: semakin dekat menjauhi la..umpama main tarik tali..:D
fatin amalina husna: susah jadi yang memilih, tapi lagi susah bila jadi yang terpaksa memilih..huk2..
Kdg2 jauh drpd kedua-duanya tu lebih melegakan. Kurang senak kepala otak nak fikir. Tapi tak boleh macam tu kan? Sbb setiap pilihan yg ada depan mata kita tu mesti ada sesuatu yg istimewa di sebaleknya. So, nak taknak, kena gak buat pilihan. Or else, biarkan masa yg beri hint yg mana sebenarnya hak kita :D
ReplyDeleteLiyaa Mf: masalahnya kita tak nak jauh..kalau boleh nak rasa dekat..tapi bila dekat tu kita rasa mcm makin jauh, jauh hati..zzzzz
ReplyDeletebyknya kemungkinan. buat la pilihan yg terbik ya. :)
ReplyDeleteChic Na: InsyaAllah..moga dipermudah la hendaknya..:)
ReplyDeletekeyboard kau berjantina apa?
ReplyDeleteSaddLone: aku syak keyboard aku ni jantan..>.<
ReplyDeleteerr..buatlah pilihan yg bijak..yg mna bleh buat hdup kau bahagia kau pilihla yg itu..=)
ReplyDeletebaek...insyaAllah..hehehe
Deleteoh..mengapa jiwaku dan akalku kurang kebolehan mencerna ayaat-ayat sebegini.. errr .
ReplyDeletemungkin kewujudan kemungkinan keempat patut penulis pertimbangkan.. huhu
susah nak wujudkan kemungkinan keempat..-_-"
Delete