Header2

• 13 May 2012 •

Selamat Hari Ibu, Mak



Sebenarnya daripada tadi saya ingin menaip sesuatu. Sesuatu yang dapat menggambarkan penghargaan saya pada seorang ibu. Tapi semakin lama saya semakin tak tahu. Atau lebih tepat, saya semakin tak mampu. Tak mampu untuk mengekspresikan penghargaan itu.

Pada saya, kita memang mampu kata yang kita selalu sayangkan dia. Kita memang mampu berterima kasih akan segala jasa dan pengorbanannya. Kita memang sentiasa berdoa agar dia sihat sejahtera. Kita memang sayangkan dia lebih daripada apa yang kita sendiri rasa. Dan kita memang sedekahkan Al-fatihah untuk bekalan dia di sana. Tapi hakikatnya, tetap tak ada sebarang kata yang mampu menilaikan penghargaan kita.

Bukan kerana dia adalah tidak bernilai. Tapi kerana dia adalah tidak ternilai.

Salah seorang adik saya pernah berkata bahawa wanita yang sedang bersalin sebenarnya seakan bertarung dengan nyawa. Arwah emak saya ada tujuh orang anak kesemuanya. Bermakna tujuh kali beliau berusaha untuk membawa kami melihat dunia. Bagaimana bagi pihak anda semua? Jumlahnya mungkin lebih, mungkin kurang dan mungkin juga sama.

It doesn't matter. Sebab setiap daripada kita punya takdir dan ketentuan yang berbeza. Seperti juga tempoh masa yang kita ada semasa bersama dia. Ada yang sejak lahir ibu telah tiada. Ada yang menerima kasih sayang selama 12 tahun sahaja. Ada yang selama 24 tahun dapat hidup bersama (saya la tu). Ada yang mempunyai ibu lebih daripada satu, lebih daripada dua dan ada yang lebih daripada tiga. Ada yang ibunya masih lagi dipanjangkan usia. Dan ada yang pergi lebih awal mendahului ibunya.

Biarlah sesingkat mana waktu yang ada. Biarlah detik tu sekejap cuma. Apa yang penting, waktu yang ada akan memberi kita kenangan terhebat sepanjang usia. Well said, seorang ibu bukan semestinya kerana dia sentiasa ada di sisi. Tapi adalah kerana dia sentiasa ada di hati.

Bagi yang telah berumahtangga tetapi masih belum mendapat cahaya mata, yakinlah bahawa rezeki Allah akan sentiasa ada. Dan bagi wanita yang telah dikurnia puteri mahupun putera, Selamat Hari Ibu untuk anda semua.

Juga Selamat Hari Ibu kepada arwah mak saya. Semoga aman dan tenang di sana. Al-fatihah..:)


26 comments:

  1. semoga arwah ibu encik H ditempatkan dlm kalangan org2 beriman, Insyaallah.. amiin. :')

    Rindu Ibu sy yg jauh d sna.. everyday is mother's day :)

    ReplyDelete
  2. Emma: Aminn...:)

    Ibu kat Sabah ke? Kamu pulak kat mana?

    ReplyDelete
  3. semoga arwah ibu tenang di sana, amin.

    sis dulu dr kcik smpai hbis skolah menengah, arwah nenek yg jga..hbis skolah kenalah balik dgn fmly sendiri..n 1 pesanan yg tk pernah sis lupa. my nenek said :
    wlaupun mak(nenek) yg jaga kau dr kcik smpai bsr ni, kau ttp ada ibu. jangan menidakkan kehadiran dia bila mak dh tak ada nnt.

    oh :'(

    ReplyDelete
  4. semoga arwah mak kau tenang disana :)
    al-fatihah

    ReplyDelete
  5. mak awak menunggu di pintu syurga. keep on praying for her!

    ReplyDelete
  6. sis92: kamu sama macam adik saya..sejak kecik sampai dia meninggal, nenek yang jaga..dia panggil nenek "mak" and panggil emak pun "mak"..:)

    cha'e: Al-Fatihah..:)

    Camy Alya: insyaAllah..:)

    ReplyDelete
  7. Semoga roh ibumu dicucuri rahmat :)

    Macam biasa, aku rasa setiap kata yang kau susun cantik. Aku pasti kalau arwah ibumu masih ada lagi, pasti dia akan terharu membacanya.

    Aku cemburu cara kau menulis. Haha

    Ajar aku lah woi!

    ReplyDelete
  8. Ninaaa: erks..ko ni buat aku segan tau..aaa thanks anyway..:)

    ReplyDelete
  9. weh buat apa minta maaf kat aku? kau buat salah apa?

    ReplyDelete
  10. 1 je, oh mungkin sbb td ko tgk aku tiba2 tak follow kau ye?

    Td aku unfollow kau kejap sbb aku pelik knp aku xtau apa yg kau update kt blog. Tak keluar pun kau punya update sbb tu aku try unfollow then follow balik mana tahu berkesan. Tengok2 sama je update kau takda dlm list tu. Haha

    Oh yeaa, setkan blog kau ke mobile version sekali. Kdg2 aku guna bb je online so tak boleh baca blog kau sebab kena scroll ke tepi, haha

    ReplyDelete
  11. Hahaha yeke? Weh kau sgt alert lah. Aku sendiri tak perasan berapa aaa yang aku letak. Haha

    Lepastu terus minta maaf kalau2 ada buat salah. Bahahaha

    ReplyDelete
  12. ye..aku belum ada rezeki lagi..haha..sabo jela..

    ReplyDelete
  13. aah, ibu kat sabah.. :) sy kat terengganu~ dh nk dekat setahun x balik.. hu3.. rindu sangat

    ReplyDelete
  14. Aku pun sama cam Ym.Bundle. Belum ada rezeki lagi. Hehe. Dah usaha separuh gila dah rasanya. Erkk lebih2 plak usaha separuh gila! Takde lahhh :D

    ReplyDelete
  15. Ninaaa: kahkahkah..diam2 weh..

    Ym.Bundle & Liyaa Mf: usaha tangga kejayaan yer encik bundle dan puan liyaa..:D

    Emma: InsyaAllah raya puasa nanti balik la..:)

    ReplyDelete
  16. Hari hari adalah hari ibu. Hari hari bantu mak ini itu. Lol. Syurga bawah tapak kaki ibu encik H. Jika sudah tiada, bekalkan doa buatnya disana.

    ReplyDelete
  17. hari hari adalah hari mak.

    alfatihah untuk mak kamu :)

    ReplyDelete
  18. Apple & bukan retis: betul2..thanks bros..:D

    ReplyDelete
  19. powerfull ayat .heeee .dah hidup 18 tahun pun masih ta reti nak buat ayat cam ko .huhu :P

    ReplyDelete
  20. hanny: teriima kasih :)

    ReplyDelete
  21. alahai H..

    moga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..amin..

    ReplyDelete
  22. moga arwah di tempatkan dalam golongn org yg beriman..aminnn

    syg mak sya ketat-ketat

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top