Header2

• 10 May 2012 •

Allah Maha Menentukan

Anggap saja ini sambungan bagi terbitan kisah yang lama..

Dulu masa kecil, cikgu pernah tanya pasal cita-cita. Waktu tu, masing-masing nak kerjaya yang gah belaka. Askar, polis dan guru sering jadi pilihan utama. Tak kurang yang bercita-cita nak jadi angkasawan atau usahawan berjaya. Kawan aku punya cita-cita pilihan ketiga ialah komunis, aku tak tahu kenapa. Yang musykilnya, askar ialah pilihan pertama dan polis jadi pilihan kedua..

Aku pula, dari dulu memang cukup minat nak jadi cikgu. Sejak Tingkatan Empat, aku dah mula mengajar tusyen untuk anak-anak tauke kedai. Tingkatan Lima pula dipelawa mengajar oleh rakan-rakan sekelas. Malah semasa di universiti, kawan-kawan panggil aku "cikgu" sebab wajah aku dan wajah cikgu salah seorang dari mereka kononnya ada iras-iras..

Dulu masa nak mengisi borang kemasukan ke IPTA, kalau nak ambil course Pendidikan, pemohon wajib menjalani proses temuduga. Aku tak nak lalui proses temuduga. Aku tak suka dan tak sedia. Jadi aku letak Pendidikan sebagai pilihan kelima. Hasilnya, aku dapat pilihan yang pertama. Secara tak langsung menjauhkan aku dari cita-cita yang aku suka..

Tapi Alhamdulillah la. Aku percaya bahawa suatu perkara tak akan berlaku tanpa izinNya. Mungkin dah ditakdirkan bahawa bidang pendidikan tak akan jadi suatu kerjaya. Mungkin ada nilai tertentu yang sebenarnya aku tak ada. Pendek kata, kita hanya merancang, Allah jua menentukannya..:)


28 comments:

  1. ada hikmah di sebalik semua ni.

    ReplyDelete
  2. Camy Alya: betul betul betul..;)

    ReplyDelete
  3. mase kecik aku nak jadi saintis..dah besar sikit aku takde cita-cita pulak, time remaja sikit nak jadi chef, sekarang tak jadi apa pon..kehkehkeh..

    keje makan gaji,lukis pelan,turun site,blogging separuh masa,tolong bini cuci kipas,cuci pinggan..haa..ni la kesudahannya..

    tak penah rancang pon jadi camni,Allah jua menentukan..hehe..

    ReplyDelete
  4. kalau tak, mesti sekarang ni jadi cikgu H kan ? kehkeh

    masa kecik2 dulu aku nak jadi artis sebab aku minat nyanyi gila2.pastu bila aku cakap kat cikgu kan, cikgu suruh aku jadi artis dlm family je.huk!

    rancanglah yg terbaik, insyaAllah DIA akan berikan yg trbaik jg!

    ReplyDelete
  5. Cita2 aku masa kecik2 sume pelik2 gila. Nak jadik gajah la, nak jadik biskut la, cita2 nak naek bas pun ada. Nampak sgt aku tak comel dan bijak masa kecik2 dulu <--- Sedih jee

    Remaja, masuk skolah Teknik amek Kej Awam walaupun taktau apa tu Kej Awam. Ikut2 kwn je. Nak masuk U, try gak mintak course laen tp dpt Awam gak.

    Jadilah jugak Engr utk beberapa tahun, tapi sekarang maseh meraba2 masa depan. Entah apa kesudahan belum tahu.

    ReplyDelete
  6. ym_bundle: wahhhh..part tolong bini cuci kipas, cuci pinggan tu aku salute bro..:D

    SaddLone: salah satu cabang seni yang aku yakin aku takkan berjaya ialah menyanyi..rasa macam aku paksa hujan supaya jangan berhenti..:D

    Liyaa Mf: aku pulak amik Kej Awam sebab perkataan "Awam" tu la..aku ingatkan awam tu means menyeluruh and aku boleh jadi apa-apa yang aku suka..hahaha..

    ReplyDelete
  7. Cita-cita aku dari dulu lagi ialah aku nak jadi macam Faisal Tehrani. Aku mula minat membaca masa umur 17, hehe tgk dah tua baru nk membaca.

    Novel Faisal Tehrani ni gila super power! Aku teringin nak jadi penulis macam dia. Tapi aku rasa aku tak layak sebab aku tak pandai bercerita.

    Aku ada soalan untuk kau :

    1. Bila nak kasi link blog lama kau ke aku? Nak tgk pleasee. Aku dok pk2 je bila kau nak bagi kat aku. Aku fikir kau ni misteri gila main nyorok2 pulak. And aku nak tahu misteri kau tu, haha

    2. Berapa umur kau? Haha *soalan tambahan*

    ReplyDelete
  8. salam

    dulu sis nk sgt jd polis pasal pengaruh cite gerak khas , pastu nk jd pbaca berita pasal suka saiful nizam haha
    kecewa jgk sbb cita asal nk jd cikgu jgak..tp mcm tk da rezeki je..maktab pon tk dpt..insyaallah skrg cita2 mau jd pensyarah :)

    ReplyDelete
  9. Ninaaa: soalan pertama kau sangat susah..boleh tak kau bagi aku masa untuk menjawab? tapi soalan kedua kau tu mudah..umur aku 16 tahun..kahkahkah..

    sis92: wslm..lebih kurang la kita..dulu cita2 nak jadi askar/polis sebab ada senapang/pistol..rasa ohsem jer..hahaha..insyaAllah suatu masa nanti sis akan jadi pensyarah..hope for the best..:)

    ReplyDelete
  10. Nina, tolonglah percaya yang encik H ni 16 tahun! kehkehh

    ReplyDelete
  11. Encik H : kalau aku tknak bg kau masa boleh? haha wah 16 ke? Cool ahh! *pura2 percaya*

    SaddLone : Aku saje buat2 prcya, kasi chance sikit ah kat dia haha

    ReplyDelete
  12. SaddLone: erks...

    Ninaaa: sooner or later aku akan bagi..kot..zzzz

    ReplyDelete
  13. dlu aku bercita2 tuk jadi Askar.. suatu hari, aku suarakan hasrat aku tu, ayah aku ketawa bkan main lagi..adk bradik aku pn gelak.. myb fkr main2 kot.. hu3.. sedih... tp skg aku rsa nak jd pegawai je lah.. memandngkan aku rabun n aku x tnggi mna.. :(

    ReplyDelete
  14. Emma: pegawai askar ke? bagus tu..nnti buleh pinjam senapang..:D

    ReplyDelete
  15. senapang? bleh2.. nt beli senapang mainan ek.. :P nt kta men sma2.. ho3

    ReplyDelete
  16. Emma: kehkeh..teringat masa kecik main askar2..terung pipit jadi peluru..=.="

    ReplyDelete
  17. temuduga dlam bidang pendidikan tuh aritu aku pegi..balik terus moody beribu saat..

    dan,,result dah pun kluaq..aku terima ja kputusannya..:)

    ReplyDelete
  18. pendidikan paling aku cuba jauhkan., sebab aku rasa mcm xde bakat dlm mengajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku cukup suka mengajar..even masa kat uni dulu, kawan2 aku panggil aku cikgu..ramai classmate ppuan lebih kenal aku sebagai cikgu, kalau tanya nama aku yg betul, diorg semua tak tau..:D

      Delete
    2. lol. kalau macam tu susahlah. nanti ada org tnye pasal kau tp diorang x kenal sebab hanya kenal dgn nama 'cikgu' :D

      Delete
    3. takde yg susah..even skg ni after masing2 dah grad, diorg2 still panggil aku dgn nama 'cikgu'..ada sorang kawan tu, tiap2 tahun wish selamat hari guru..:p

      Delete
    4. tahun dpn ingtkn aku utk wish hari guru pada kau ye h :)

      Delete
  19. kita mampu merancang je. Allah merancang lebih baik :)

    ReplyDelete
  20. yes..Allah dah aturkan yg terbaik untuk diri seseorg tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup2..so skg ni saya jadi la macam apa yg saya dah jadi skg :D

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top