Header2

• 23 May 2012 •

Semak

Aku nak taip sekali nafas saja..

Sekarang ni pukul 4.15pm waktu aku mulakan cerita. Cuma nak beritahu yang kadang-kadang aku rasa tekanan bila ada kat tempat kerja..

Seorang kerjanya bercakap hampir setiap masa. Mengumpat dah jadi macam satu rutin utama. Bergayut di telefon dah macam satu perkara biasa. Aku kat sini seakan bingit telinga. Menahan sabar dan berharap agar komunikasi tanpa henti ini bisa tiba ke penghujungnya..

Seorang pula seakan berada dalam dunia yang hanya dia tuan empunya. Bercinta dengan sekuat-kuat nada. Jua memberi bingit telinga bila setiap lafaz seakan meremang segala roma. Apatah lagi si pencinta menganjak ke 40 tahun usia. Oh ya, kesungguhan bermain poker juga buat aku sakit jiwa. Asyik berjudi atas talian seakan orang lain dah tak punya deria..

Bos juga berada dalam kelas yang hampir sama. Berjalan dalam ruang pejabat seolah-olah seorang gorila berlari mencari mangsa. Habis bergegar setiap objek yang ada. Malah aku yang sedang menulis terpaksa hentikan nafas untuk seketika. Beri ruang kepada dia menyusur keluar ke pintu utama..

Mungkin ini sahaja luahan ringkas yang mampu tercipta. Mungkin jua bisa bersambung di lain masa. Dan maaf, aku menaip dengan berkali-kali nafas sebenarnya. Nafas yang penuh rasa lemas dengan kerenah mereka berdua. Bos aku tiada waktu terbitan ini dicipta..


21 comments:

  1. hahaha..masalah tempat kerja bro..gitu la gamaknya kerja dengan masyarakat...hahaha..

    #aku teringin la tulis style ko.cam best je bila baca..tapi tak reti plak..adehh

    ReplyDelete
  2. pasang earphone.
    turn up the volume.
    will be muchhhhhh better.
    :)

    ReplyDelete
  3. Ym.Bundle: aku rasa ayat dalam blog kau dah cukup bagus..mudah dan senang bila aku baca..

    bobok: aku bukan pembunuh..

    chemay: xleh jugak..sebab nanti bila bos panggil x dengar..kehkeh

    ReplyDelete
  4. kahkah..tertekan ye bro..sabo jelah..tekanan ada dimana-mana..jgn ikut sama ttekan pulak..
    smoga baik2 saja di sana.
    bos, ni pekerja incik cite psl bos dlm blog haha:D

    ReplyDelete
  5. Hahahah... Relax. Lelaki kena selalu relax.

    ReplyDelete
  6. sis92: usahkan kata bos, mereka berdua pun tak tahu kisah mereka telah dicerita..

    Romeo Laut: sebab rileks sgt la yg dok makan hati ni..kehkeh

    ReplyDelete
  7. hahaha. opis awak semua laki atau campur? biasanya kalo semua lelaki macam tenang dan relax sikit :)

    ReplyDelete
  8. Camy Alya: sorang jer ppuan..kerani..nak apply keje ke? kehkeh

    ReplyDelete
  9. tertekan eh? *nah kitkat, hehe

    ReplyDelete
  10. si robot comel: errr...nanti gemuk la makan ceklat malam2..>.<

    ReplyDelete
  11. byk org, byk ragam. garang sgt agaknya bos tu sampai kena tahan nafas. hehe.. :)

    ReplyDelete
  12. Chic Na: bukan la..bos tu badan besar..tinggi..then Site Cabin tu memang usang..sangat usang..so bila bos jalan memang bergegar la...hehehe

    ReplyDelete
  13. cam tu ke. kakaka.. :)

    ReplyDelete
  14. Chic Na: yer2..camtu la gamaknya..:D

    ReplyDelete
  15. ohh..kau cakap boss kau cam gorilla ya, nak report kat bos kaulah..HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..bos aku kalau jalan memang bergegar...

      Delete
  16. KAH KAH KAH KAH KAH ~~~ ADOYIAI

    ReplyDelete
  17. report kat bos ada 'pekerja rajin' ckap pasal dia..haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..jgn la bgtau..nnti bos marah...

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top